TUJUAN
PENULISAN BLOG
ASSALAMUALIKUM.. Penulisan blog ini adalah
bertujuan untuk menceritakan kelebihan yang terdapat di Taman Rona dan kawasan
sekitarnya. Walaupun Taman Rona bukanlah dikategorikan sebagai taman yang besar
dan mewah, tetapi taman ini tetap mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan
tetap mendapat sambutan yang baik dari masayarakat sekitarnya. Komuniti taman
ini terdiri dari pelbagai bangsa, agama, adat dan lain-lain, namun kehidupannya
sangat harmoni. Taman ini juga termasuk sebagai salah sebuah taman di bawah
seliaan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Walaupun bilangan rumah yang wujud
tidaklah sebanyak taman-taman lain yang berada di sekitarnya, namun ukwah yang
terjalin antara penduduk sangatlah rapat tanpa megira bangsa, agama mahupun warna
kulit. Taman ini juga menpunyai tempat riadah yang baik seperti taman
permainan, gelanggang futsal, dan sepak raga.
No comments:
Post a Comment