Tuesday, 20 December 2016


kesimpulannya...........................................................................................................................
Dengan kedudukannya yang strategik yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan tidak hairanlah taman perumahan ini menjadi rebutan masyarakat setempat. Pembinaan perumahan di kawasan Taman Rona ini pastinya amat menarik dengan persekitaran yang selesa ditambah pula dengan pelbagai kemudahan prasarana yang wujud.Selain dari rumah teres satu tingkat dan dua tingkat, bangunan rumah kedai yang berhampiran dengan kawasan perumahan ini telah dibina untuk memudahkan aktiviti perniagaan masyarakat setempat dan memenuhi keperluan penduduk setempat seperti wujudnya bengkel baiki kenderaan, kedai runcit dan gerai makanan. Ekoran daripada kemudahan yang yang berbagai-bagai di kawasan perumahan ini maka kawasan ini menjadi rebutan daripada kalangan masyarakat setempat dan para pelajar untuk mendiami kawasan ini . Tidak hairanlah jika harga sewa rumah dan harga untuk membeli rumah meningkat dengan mendadak pada masa hadapan kerana lokasinya yang strategik.


No comments:

Post a Comment