KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR KAWASAN PARIT
RAJA
Taman Rona adalah sebuah taman yang strategik kerana
disekitarnya terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan mahupun dari pihak kerajaan
dan pihak swasta. Antara kemudahan yang ada ialah stesen minyak iaitu stesen
minyak petron dan petronas yang menjadi tempat persinggahan penduduk mengisi
minyak sebelum ke sesuatu destinasi. Selain itu terdapat juga beberapa buah pasaraya
yang menarwarkan pelbagai kemudahan barangan bermula dari barangan dapur basah
dan kering, pakaian, barangan mainan, kelengkapan belajar dan banyak lagi.
Boleh dikatakan semua keperluan yang diperlukan ada di pasaraya. Dalam memenuhi
keselematan masyarakat, Balai Polis Parit Raja juga diwujudkan. Ini bertujuan
menjaga keselamatan masyarakat yang tinggal di kawasan Parit Raja seperti
penduduk Taman Rona. Seterusnya , dari sudut kesihatan pula, Klinik Kesihatan
Parit Raja dan Farmasi Murni yang
menawarkan pelbagai jenis ubatan serta perkhidmatan untukpendudukak sekitar Parit Raja seperti penduduk Taman Rona. Pejabat Pos Parit Raja juga wujud iaitu
terlekat bersebelahan dengan stesen minyak petron dan masjid. Di samping itu,
pelbagai jenis perbankan wujud di sekitar Taman Rona seperti Bank BSN, CIMB
Bank, Public Bank dan MyBank. Kewujudan ini memudahkan lagi aktiviti harian
masyarakat di sini. Untuk makanan pula pelbagai gerai jenis gerai dan restoran
wujud. Kfc juga ada dalam memenuhi tuntutan kehendak masyarakat.
 |
Stesen Minyak Petronas |
 |
Stesen minyak Petron |
 |
Balai Polis Parit Raja |
 |
Klinik Kesihatan Parit Raja |
 |
CIMB Bank |
 |
Public Bank |
 |
Pasaraya Sakan |
 |
Pasaraya WellWard |
 |
Kfc |
 |
Farmasi Murni |
No comments:
Post a Comment