Monday, 19 December 2016

KEMUDAHAN KAWASAN SEKITAR

Kemudahan  Yang Terdapat dalam Taman Rona



Antara kemudahan yang terdapat dalam Taman Rona ialah Surau Al-Hidayah yang menjadi tempat umat islam melaksanakan ibadah tertentu dan aktiviti lain. Selain itu, terdapat juga taman permainan yang menjadi tempat permainan kanak-kanak yang tinggal di Taman Rona bermain, gelanggang futsal yang menjadi tempat riadah komuniti Taman Rona. Terdapat juga Dewan Hj Nawawi yang merupakan tempat berkumpulnya komuniti Taman Rona untuk mengadakan sesuatu majlis seperti majlis keramaian dan mesyuarat tahunan Taman Rona. Di bahagian hadapan taman terdapat 10 buah rumah kedai yang menjalankan perniagaan yang memudahkan penduduk Taman Rona menjalani kehidupan seharian. Terdapat juga gerai yang menjual pelbagai makanan yang dibuka seawal 8.00 pagi hingga 10.00 malam Antara perniagaan seperti kedai gunting rambut, kedai runcit, gym, kedai motor, dobi 24 jam dan lain-lain. Di bahagian belakang, terdapat sebuah loji yang dibina untuk menguruskan bahan buangan yang menjadikan sistem kumbahan di taman ini beroperasi dengan lancar. Gelanggang sepak raga juga sedang dibina bagi memenuhi keperluan riadah penduduk dalam melahirkan penduduk yang sihat..

Dewan Serbaguna Haji Nawawi
Deretan Perumah Kedai
   


Gelanggang Futsal
Taman Permaian

       

Gelanggang Sepak Raga
Kawasan Riadah Sekitar Taman Permainan
Gerai Makanan
                                                   
                        

Surau Al - Hiadayah
Loji Bahan Buangan

 

                                                                                                                                                                                                      




No comments:

Post a Comment