kesimpulannya...........................................................................................................................
Dengan
kedudukannya yang strategik yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan tidak hairanlah
taman perumahan ini menjadi rebutan masyarakat setempat. Pembinaan perumahan di
kawasan Taman Rona ini pastinya amat menarik dengan persekitaran yang selesa ditambah
pula dengan pelbagai kemudahan prasarana yang wujud.Selain dari rumah teres satu
tingkat dan dua tingkat, bangunan rumah kedai yang berhampiran dengan kawasan perumahan
ini telah dibina untuk memudahkan aktiviti perniagaan masyarakat setempat dan memenuhi
keperluan penduduk setempat seperti wujudnya bengkel baiki kenderaan, kedai runcit
dan gerai makanan. Ekoran daripada kemudahan yang yang berbagai-bagai di
kawasan perumahan ini maka kawasan ini menjadi rebutan daripada kalangan masyarakat
setempat dan para pelajar untuk mendiami kawasan ini . Tidak hairanlah jika harga
sewa rumah dan harga untuk membeli rumah meningkat dengan mendadak pada masa hadapan
kerana lokasinya yang strategik.